You are currently viewing Kenapa Ambil Takaful?

Kenapa Ambil Takaful?

Dalam dunia ni, kita ambil takaful untuk hadapi 3 musibah kewangan.

Peranan takaful dalam perancangan kewangan moden adalah ‘fardhu’ kata Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Jika kita simpan semua duit gaji sebulan sekalipun,jika diuji dengan 3 musibah ni, ia akan beri impak besar untuk kewangan kita.
Musibah ni pula boleh datang secara semulajadi, akibat kemalangan atau akibat penyakit.
Apa 3 musibah tu?
1. KEMATIAN
Kematian awal atau luar jangka – akan memberi kesan amat besar kepada waris dan anak-anak untuk teruskan kehidupan. Apatah lagi dalam keadaan ada hutang yang tidak dilindungi. Dengan takaful, walaupun selepas kematian, duit gaji bulanan kita tidak mati.
2. LUMPUH KEKAL DAN KETIDAKUPAYAAN
Sudah semestinya kita tidak mampu bekerja. Tapi hidup perlu diteruskan. Susun keperluan takaful supaya kita boleh teruskan hidup seperti biasa walaupun kita tidak dapat bekerja. Sekurangnya membantu ringankan beban mereka yang menjaga kita nanti.
3. PENYAKIT KRITIKAL
Seperti dua musibah sebelumnya, sakit kritikal yang teruk akan menganggu aliran tunai kita dan tuntutan keperluan hidup – makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Namun apa yang lebih menakutkan, akan ada kos perubatan yang terpaksa ditanggung untuk pastikan kita kembali sembuh.
Pelan Takaful #INCOMEPROTECTION dan #MEDICALCARD dah boleh penuhi keperluan takaful ni.
Tapi mana lebih utama dalam keadaan duit bulanan cukup tak cukup.

Jom kita bincang dengan serius.
Ini contoh klien saya yang rasa tak perlu kad perubatan. Nak buat pelan #incomeprotection

Rancang dana untuk kesihatan melalui pelan  #incomeprotection.

Cuba tengok dana penyakit kritikal yang beliau sediakan.
1. Kematian / Lumpuh – RM500K
2. Sakit Kritikal (Tambahan)
– Tahap Awal RM100K
– Tahap Akhir RM150k
3. Manfaat Tambahan
– Kanser Recovery – RM35K
– Diabetis Recovery – RM20K
4. Pengecualian Sumbangan sekiranya disahkan Penyakit Kritikal Tahap Akhir.
Produk ini saya cadangkan sesuai dengan umur dan setelah melihat kedukaukan aliran tunai beliau.

Ingat ya. Kehendak kita mungkin sama. Tapi keperluan kita berbeza.

Pelan ini boleh jadikan panduan dalam mencari keperluan takaful.

Dah lama fikir nak ambil takaful, tapi belum buat keputusan? PM tepi 011-28088282
Rancang Kewangan, Bina Kehidupan!

Leave a Reply