You are currently viewing 5 Tips Cari Pelan Takaful Terbaik.

5 Tips Cari Pelan Takaful Terbaik.

5 tips ni saya selalu saya ingatkan pada kawan-kawan yang sedang mencari pelan TAKAFUL terbaik.

Ingat ya, walau gaji kita sama – keperluan dan kemampuan kita tak sama.
Rambut sama hitam, poket lain-lain.
Baca sampai habis. Kongsikan jika rasa bermanfaat.

1. Semak aliran tunai semasa.
Kemampuan nak bayar ni bukan kita rasa-rasa je. Rasa-rasa macam ada duit lebih je nak ambil takaful.
Tak boleh rasa. Jangan pandai-pandai rasa. Ambil kertas tulis dan kira aliran tunai kita. Penting untuk semak. Ini yang akan tentukan kemampuan bayar takaful bulan-bulan. Ingat, kita nak bayar takaful ni bukan setahun dua.

2. Senaraikan semua aset dan liabiliti/hutang.
Takaful ni kita buat sebab nak lindungi aset jika tak boleh bekerja.
Hutang pula ada dua jenis. Kenalpasti mana hutang yang waris kena tanggung bila kita meninggal dunia secara mengejut atau awal.
3. Masukkan takaful dalam roadmap kewangan kita.
Nak bersara awal, nak tambah rumah, atau nak melancong – masukkan keperluan perlindungan akan datang dalam takaful.
Selain tu, pemilihan tempoh perlindungan takaful juga main peranan yang penting.
Nak ambil sampai umur 60 atau 80 tahun kena sesuaikan dengan perancangan jangka masa panjang kita. 

4. Cari pelan takaful yang sesuai.
Dah tahu kemampuan dan keperluan – cari pelan takaful yang sesuai dengan angka yang kita susun dari no 1 sampai 3.
Cari yang boleh bagi lebih manfaat dengan bayaran paling optimum dengan bajet kita. Lebih rendah lebih bagus – walaupun jimat RM1, banyak tu jika dikumpul 20-30 tahun.
5. Tulis arahan dan hasrat perwarisan kita tentang dengan hibah takaful.
Ingat, takaful kita sekarang boleh dihibahkan. Tulis wasiat untuk hibah ni sebahagian perancangan legasi kita bila kita dah tiada. Tak nak la hibah kita menjadi hiba. Tulis wasiat ni mmang banyak mudahkan isteri dan waris. Buat pesanan terakhir. Tulis ringkas-ringkas pun tak apa. Bukan tak boleh pesan dengan air liur. Cuma selalunya, bila tak ditulis, waris tiada tempat nak rujuk. Lagi-lagi bila ada konflik pusaka.

Nak template  ‘CONTOH PESANAN TERAKHIR?’
 
PM saya terus untuk respon segera. Klik ezy.la/hibahtakaful

.

Leave a Reply