5 tips dari saya untuk mereka yang sedang mencari perlindungan takaful.

Ini sekadar nasihat. Semoga memberi kebaikan pada yang menerima nasihat ini.

Ingat ya kawan-kawan, walau gaji kita mungkin sama – tapi keperluan dan kehendak kita tak sama.

Rambut sama hitam, poket lain-lain. Rancang ikut poket kita dan keluarga.

Baca sampai habis. Kongsikan jika rasa bermanfaat.

Baik, sebelum nak ambil takaful, kena:

1. Semak aliran tunai semasa.

Kemampuan nak bayar ni bukan kita rasa-rasa je. Rasa-rasa macam ada duit lebih je nak ambil takaful.

Tak boleh rasa. Jangan pandai-pandai rasa. Ambil kertas tulis dan kira aliran tunai kita. Penting untuk semak. Ini yang akan tentukan kemampuan bayar takaful bulan-bulan. Ingat, kita nak bayar takaful ni bukan setahun dua.

2. Senaraikan semua aset dan liabiliti/hutang.

Takaful ni kita buat sebab nak lindungi aset jika tak boleh bekerja.

Hutang pula ada dua jenis. Kenalpasti mana hutang yang waris kena tanggung bila kita meninggal dunia secara mengejut atau awal.

3. Masukkan takaful dalam roadmap kewangan kita.

Nak bersara awal, nak tambah rumah, atau nak melancong – masukkan keperluan perlindungan akan datang dalam takaful.

Selain tu, pemilihan tempoh perlindungan takaful juga main peranan yang penting.

Nak ambil sampai umur 60 atau 80 tahun kena sesuaikan dengan perancangan jangka masa panjang kita. 

4. Cari pelan takaful yang sesuai.

Dah tahu kemampuan dan keperluan – cari pelan takaful yang sesuai dengan angka yang kita susun dari no 1 sampai 3.

Cari yang boleh bagi lebih manfaat dengan bayaran paling optimum dengan bajet kita. Lebih rendah lebih bagus – walaupun jimat RM1, banyak tu jika dikumpul 20-30 tahun.

Bila dah ada takaful, jangan terhenti bila buku polisi sahaja.

5. Tulis arahan dan hasrat perwarisan kita tentang dengan hibah takaful.

Ingat, takaful kita sekarang boleh dihibahkan. Tulis wasiat untuk hibah ni sebahagian perancangan legasi kita bila kita dah tiada.

Tak nak la hibah kita menjadi hiba.

Tulis wasiat ni mmang banyak mudahkan isteri dan waris. Buat pesanan terakhir. Tulis ringkas-ringkas pun tak apa. Bukan tak boleh pesan dengan air liur. Cuma selalunya, bila tak ditulis, waris tiada tempat nak rujuk. Lagi-lagi bila ada konflik pusaka.

Dapat tak tips ni? 

Nak saya bantu rancang hibah takaful?

Categories:

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *