CuepacsCare adalah pelan takaful kelompok yang diuruskan oleh Medicare Assistance Sdn Bhd, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan nama CUEPACS.


Sejak tahun 1999, pelan takaful CuepacsCare telah diwujudkan bagi memberi alternatif kepada penjawat awam untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di hospital panel swasta yang terpilih seluruh Malaysia.

Penjawat awam dan ahli keluarga yang jatuh sakit layak mendapatkan rawatan pakar di semua fasiliti kerajaan dengan kos rawatan 100% ditanggung kerajaan (bayaran wad dan makanan ditanggung 80%) – Perintah Am Bab F 1974.

Namun, dapat kita ketahui yang bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaa ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama untuk mendapatkan rawatan.

Mengambil kira kesihatan sebagai aspek penting dalam menyokong kebajikan penjawat awam, Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE – telah melantik FWD Takaful Berhad untuk menaja jamin program khas untuk penjawat awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Berikut, adalah 5 Keistimewaan yang perlu penjawat awam tahu tentang CuepacsCare.



1. Mudah Digunakan.


-Seperti kebanyakan medical card, setiap pelanggan CuepacsCare perlu menunujukkan kad CuepacsCare semasa urusan kemasukan ke hospital.

-Kad CuepacsCare ini boleh digunakan di lebih 70 hospital panel di seluruh Malaysia,

-Kad CuepacsCare ini akan digunakan oleh pihak hospital untuk mendapatkan surat jaminan (GL) daripada pihak CuepacsCare.

-Setelah GL diterima, penjawat awam boleh mendapatkan rawatan pakar dengan segera.

-Semasa urusan keluar, bil hospital akan ditanggung oleh CuepacsCare.

-Anda boleh pulang ke rumah dengan tenang.

2. Melindungi Seisi Keluarga.


-Penjawat awam yang berkhidmat sahaja yang boleh menyertai pelan ini dari umur 18 tahun hingga 59 tahun (sebelum pencen wajib).

-Dua pelan yang ditawarkan 

  1. Pelan Individu
  2. Pelan Keluarga.


-Penjawat awam adalah dilindungi dengan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

-Paling menarik, semua anak penjawat awam adalah dilindungi dari umur 30 hari sehingga 18 tahun. Tidak tertakluk kepada had bilangan anak.

3. Manfaat Komprehensif

-Kos rawatan yang dilindungi merangkumi ;

  1. PRA penghospitalan

-Pembayaran balik caj rundingan doktor pakar dan semua perkhidmatan diagnostik dan ujian makmal bagi penyakit berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan hospital 

  1. PENGHOSPITALAN

-Dimasukkan ke hospital sebagai pesakit berdaftar untuk mendapatkan rawatan yang perlu atas nasihat pakar perubatan.

  1. PASCA penghospitalan

-Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim  yang ditanggung untuk rawatan susulan termasuk ubat-ubatan yang perlu dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari hospital.

Berikut adalah manfaat pelan CuepacsCare bagi Pelan Keluarga.

1. Bilik & Penginapan – RM150 sehari (maksimum 150 hari)

2. Bilik Rawatan Rapi (ICU) – RM300 sehari (maksimum 60 hari)

3. Bayaran Ambulans – RM250

4. Had Perlindungan Setiap Ketidakupayaan – RM20,000.00

5. Had Tahunan Setiap Keluarga – RM60,000.00

6. Rawatan Pesakit Luar (Kemalangan) – RM1,000.00

7. Laporan Perubatan – RM60

8. Elaun Tunai Hospital Kerajaan – RM50 sehari (maksimum 150 hari)

9. Pemindahan organ (sebagai penerima) – RM20,000 (sekali seumur hidup)

10. Rawatan Kanser (Pesakit Luar) – RM2,000 setiap bulan

11. Dialisis Buah Pinggang (Pesakit Luar( – RM2,000 setiap bulan.

  1. Mampu Dimiliki

    Caruman bulanan bagi pelan keluarga adalah RM106.00
  1. Mudah Disertai

Dapatkan borang permohonan dari wakil berdaftar MC0205 – Encik Aiman Zaki Salleh di talian 013-8488014 atau terus ke channel telegram CUEPACSCARE PENJAWAT AWAM

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *