Skip to content

Merdekakah kewangan kita?

Merdekakah kewangan kita?

Saya siarkan semula 7 tips berjimat yang boleh kita buat sebelum jumpa dengan mana-mana perunding kewangan.

1. Perlu atau tidak?

Setiap kali sebelum nak beli barang, tengok dulu keperluan barang yang ingin dibeli. Cuba check sebelum ni pernah tak kita beli barang yang kita tak pakai pun? Beli e-book tapi tak baca pun?

2. Matlamat kewangan.

Mungkin kita rasa perlu nak kena beli sesuatu barang tu. Cuba ingat balik tentang matlamat kewangan kita. Bila beli barang tersebut membantu tak capai matlamat kewangan kita.

3. Matlamat kecil.

Susah nak berjimat untuk matlamat kewangan? Mulakan berjimat dan menyimpan untuk perkara kecil dahulu. Tak tau nak mula? Cuba simpan RM1,000 pertama dalam akaun dan asingkan sebagai dana kecemasan.

4. Buat ‘shopping list’

Rancang duit dapur kita untuk sepanjang bulan. Bila pergi beli barang dapur, pastikan buat senarai ‘shopping list’ dan beli ikut yang perlu seperti di senarai yang disediakan. Susah nak jimat ni selalu sangat saya jumpa sebab tak rekod belanja.

5. Ikat nafsu ‘online shopping’

Uninstall app lazada, shoppe atau tiktok jika tak boleh kawal. Kosongkan akaun bank untuk elak berbelanja luar kawalan. Buat la apa sahaja yang perlu untuk kawal shopping tak dirancang. Ala..bukan selalu ada voucher murah macamni? Hanya belanja ikut bajet yang telah kita buat. Percayalah, bulan ke depan ada lagi promo tu.

6. Pastikan cashflow positif.

Pastikan belanja jangan lebih dari pendapatan. Jika nak cepat capai matlamat kewangan, lebih baik hidup bawah kemapuan pendapatan kita. Duit selalu tak cukup hujung bulan? Semak belanja. Jika perlu jom tambah pendapatan!

7. Rekod semua aliran tunai.

Duit masuk dan duit keluar pergi mana – semua kena rekod. Potensi kewangan kita ada dalam angka-angka yang kita rekod ni. Percayalah, inshallah bila dah ada angka (atas kertas/excel ya – bukan dalam kepala otak semata) baru senang untuk FP bantu optimised kan kewangan kita.

Dapat sesuatu?

Jom daftar sesi FINANCIAL TALK secara PERCUMA dengan saya selam 30 min.
Klik linktr.ee/aimanzaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *