Skip to content

3 Tips Rancang Legasi


Perancangan warisan atau ‘LEGACY PLANNING’ adalah proses dan strategi kewangan untuk memastikan harta dan aset utama kita dipindahkan kepada generasi seterusnya dengan cara yang paling selamat & efisien. Sama ada dari segi hukum agama mahupun pentadbiran perundangan.

Tiada satu templat atau cara khusus yang sama untuk semua orang dalam perancangan warisan. Setiap kita memerlukan perancangan khusus.

Apa yang penting – perkara utama seperti matlamat, kehendak, dan kemampuan kewangan setiap individu perlu diambil kira untuk perancangan yang terbaik.

Seorang Perunding Kewangan akan berpandukan kepada 6 perkara asas ni dalam membantu anda merancang kewangan untuk perwarisan anda:

1. Matlamat kewangan dan keperluan.
2. Nilai utama dan sistem kepercayaan keluarga.
3. Penerima manfaat dan struktur faraid.
4. Niat untuk pengagihan harta anda semasa hidup atau selepas kematian.
5. Sebarang perancangan dan penyediaan dokumen yang telah ada.
6. Jenis dan saiz harta.

Dalam bahasa mudah – perancangan warisan adalah masa depan kewangan kita. Dengan cabaran hampir 90 bilion aset dan pusaka tidak terurus di Malaysia – adakah kita bersedia?.

Realitinya, ramai dari kita memang tidak bersedia.
Tetapi kita tidak pernah terlambat untuk mula sekarang.

Saya kongsikan 3 tips untuk memulakan perancangan perwarisan dan legasi anda sekarang!

1. Rancang harta pusaka anda.

Mitos yang berlegar dalam masyarakat kita – bahawa perancangan harta pusaka hanya untuk orang kaya adalah sangat tahyul dan tidak benar.

Perancangan harta pusaka adalah untuk bantu kita tentukan bagaimana harta kita diagihkan semasa hidup anda dan selepas kematian anda.

Merancang harta pusaka bukan hanya membantu mengelakkan proses pentadbiran harta yang rumit, tetapi juga dapat membantu memaksimumkan potensi harta yang ditinggalkan kepada waris dan bukan waris.

Perancangan harta pusaka adalah sebahagian penting daripada perancangan legasi. Kita sebenarnya sedang bersedia untuk perkara yang tidak tahu – iaitu kematian.

Ingatlah pada pesan Nabi dalam satu hadis apabila ditanyakan tantang siapakah yang paling bijak? Baginda menjawab orang yang palin bijak adalah orang yang ingat MATI dan bersedia menghadapi KEMATIAN.

Selain tentang pengurusan aset dan harta, dokumen harta pusaka juga membolehkan kita:
– melantik pentadbir pusaka (wasi)
– melaksanakan wasiat 1/3 kepada bukan waris
– membuat pengisytiharan harta sepencarian suami-isteri,
– membantu kita melantik penjaga untuk anak-anak bawah umur,
– menetapkan pesanan dan kata-kata terakhir,
– melantik seseorang untuk membuat keputusan kesihatan jika keadaan memerlukan.

Ini antara situasi penting bagi mengawal perwarisan kita dan mengelakkan kekeliruan, perbalahan mahupun konflik di antara waris dan ahli keluarga.

2. Bincang bersama Ahli Waris dan Wasi Pentadbir

Nak buka cerita tentang perancangan harta pusaka dengan ahli keluarga dan waris tidak mudah bagi sesetengah kita.

Tapi proses ini adalah amat perlu dan penting untuk pastikan wasi dan waris faham tentang kehendak perwarisan kita. Tanpa menafikan hak waris, kita boleh mendapatkan bantuan perunding kewangan untuk pastikan matlamat dan objektif perwarisan kita adalah konsisten dengan hak waris dan penerima manfaat.

Ramai kita abaikan perancangan harta pusaka atas sebab tiada perancangan kewangan.

Dengan alasan – harta tak banyak, ‘tiada harta’ – banyak keadaan yang berlaku – meninggal dunia tanpa menyediakan dokumen wasiat yang mencukupi dan menyebabkan banyak salah faham dalam pentadbiran pusaka.

Jangan gadaikan silaturrahim dan keharmonian keluarga kita.
Jangan biarkan harta kita menjadi sebahagian dari statistik kes pusaka tidak terurus.
Lebih malang, jangan kerana fitnah harta kita tinggalkan, waris bertelagah berebut pusaka kita yang tidak dirancang.

Mulakan segera perbincangan mengenai harta pusaka dengan waris dan ahli keluarga.
Tak tahu bagaimana nak bermula?
Jom daftar sesi DISCOVERY bersama saya di linktr.ee/aimanzaki

3. Rancang untuk Pendidikan Anak

Kos pendidikan terutama bagi peringkat universiti terus meningkat setiap tahun. Bukan hanya kos yuran, lebih penting – kos buku, peralatan dan kos sara hidup semasa di zaman universiti itu yang paling membebankan kewangan jika tidak dirancang dengan baik.

Pinjaman dan biasiswa pendidikan – adalah pelan kedua dan alternatif. Dalam keadaan kerajaan tidak boleh berterusan menanggung subsidi berterusan untuk rakyat Malaysia, ada baiknya kita sediakan perancangan pendidikan untuk anak-anak. Sekurangnya ke peringkat diploma/ijazah di dalam negara.

Berapa jumlah diperlukan adalah berbeza mengikut jurusan dan cita-cita anak-anak. Komunikasi berkesan bersama anak pada peringkat awal kehidupan boleh membantu kita membuat keputusan ini.

Tips Tambahan – Rancang untuk Saham Kubur & Akhirat!

Kehidupan kita bukan hanya di dunia.
Perancangan kewangan dalam Islam pula bukan hanya tentang wang;
tetapi bagaimana harta dan legasi kita memberi impak dan kesan bermakna kepada kehidupan dan ekonomi masyarakat dan dakwah Islam.

Sedeqah dan wakaf adalah sebahagian daripada instrumen penting dalam agama dan juga perancangan kewangan Islam.

Rasulullah capai kebebesan kewangan di usia muda dan baginda wakafkan semua harta untuk Islam.
Dan tidak ada sahabat yang meninggal dunia tanpa melakukan wakaf samada ada kecil atau besar.

Ini sudah cukup untuk kita faham kepentingan bagi kita merancang waqaf dan sedeqah jariah berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia – dengan niat semata-mata untuk meraih redha Allah & ganjaran berterusan hingga hari akhirat.

Terdapat beberapa strategi untuk mencapai matlamat ini: Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) – sebagai pemegang amanah bagi harta wakaf dan juga yayasan-yayasan yang menguruskan harta wakaf boleh dimanfaatkan dalam perancangan legasi kita.

Apapun dapatkan nasihat dari perunding kewangan yang berlesen untuk perancangan legasi yang diyakini dan boleh dilaksanakan.

Dapatkan lebih pencerahan bagaimana seorang Perunding Kewangan Berlesen boleh membantu dalam perancangan legasi dan kewangan.

Jom ngopi 30 minit dalam sesi DISCOVERY.
Klik linktr.ee/aimanzaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *