Skip to content

Kira Zakat 2023 D.I.Y

Kiraan Zakat Pendapatan 2023

Nisab Zakat Pendapatan Tahunan : RM 23,035 (Julai – Disember 2023) | Anda tidak layak dikenakan zakat jika tidak mencapai nisab tahunan atau pendapatan RM 2,100/Bulan

Jika nisab zakat pendapatan adalah RM23,532, adakah ini bermaksud anda perlu membayar 2.5% daripada pendapatan anda jika ia lebih daripada jumlah ini dalam setahun? Tidak. Anda hanya perlu membayar zakat berasaskan jumlah yang tinggal selepas ditolak segala perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan asas. Di sini disediakan beberapa contoh pendapatan yang diwajibkan dibayar zakat dan pendapatan yang tidak diwajibkan.

Contoh A:

Pendapatan Ali adalah RM1,900 sebulan. Dalam setahun, pendapatannya adalah sebanyak RM22,800. Oleh kerana jumlah ini di bawah jumlah nisab, Ali tidak perlu membayar zakat pendapatan sama sekali.

Contoh B:

Pendapatan Saiful adalah RM5,500 sebulan. Dalam setahun, gajinya adalah sebanyak RM66,000. Oleh itu, Saiful perlu membayar zakat kerana jumlahnya lebih daripada nisab zakat. Walau bagaimanapun, kadar yang perlu Saiful bayar bukanlah berasaskan pendapatan RM66,000 tadi. Terdapat perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak oleh Saiful sebelum kadar zakat dikira. Mengikut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut, bersama jumlah yang boleh ditolak:-

Perbelanjaan Diri: RM12,000
Perbelanjaan Isteri: RM5,000
Perbelanjaan Anak-anak:
Berumur bawah 18 tahun: RM2,000 seorang
Berumur atas 18 tahun dan masih belajar: RM5,000
Pendidikan sendiri: RM2,000
Pemberian kepada ibu bapa (RM100 x 12 bulan): RM1200
KWSP (11%): RM7,260 setahun bagi Saiful
Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Saiful pada tahun itu seperti berikut:

(RM66,000 – RM34,460) x 2.5% = RM788.50

Jumlah yang perlu dibayar oleh Saiful adalah sebanyak RM788.50

Jom bayar zakat bersama amil zakat SEKOLAH RENDAH IBNU KHALDUN.


Kelebihan Berzakat Bersama Sekolah Rendah Ibn Khaldun:

  • Resit Rasmi Zakat bagi Potongan Cukai Pendapatan LHDN
  • Membantu Usaha Pembinaaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun yang lengkap bernilai RM 22 juta 
  • Membantu Aktiviti Pembangunan Interpersonal & Sahsiah Serta BERSAMA MELAHIRKAN PELAJAR BERADAB, PENCINTA ILMU DAN PENCINTA AL-QURAN.
Perkembangan terkini Pembinaan Sekolah Ibnu Khaldun


Klik SINI untuk zakat bersama amil SEKOLAH RENDAH IBNU KHALDUN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *